PROFILE SEKOLAH


MAKLUMAT SEKOLAH

NAMA SEKOLAH                            : SK ABANG ABDUL RAHMAN SARATOK
KOD SEKOLAH                               : YBA2209
JENIS SEKOLAH                             : SEKOLAH KEBANGSAAN
GRED SEKOLAH                             : B
KELAS PENDIDIKAN KHAS         : TIADA
DAERAH                                           : SARATOK
NO.TEL                                              : 083-436190
NO. FAX                                            : 083-436190
EMAIL SEKOLAH                            : skabangabdulrahman@yahoo.com   
FACEBOOK                                      : https://www.facebook.com/groups/133478636843042/
LAMAN BLOG SEKOLAH             : http://skabangabdulrahmansaratok.blogspot.com/
ALAMAT SEKOLAH                       : SK ABANG ABDUL RAHMAN SARATOK
     95400 SARATOK SARAWAK
NAMA GURU BESAR                     : WAN BUSRAH BIN WAN SKRAN
ENROLMEN PELAJAR                  : 804 ORANG
BILANGAN GURU                          : 59 ORANG
BILANGAN AKS                              : 8 ORANG
SUMBER ELEKTRIK                       : ADA
BEKALAN AIR                                 : ADA
MAKMAL KOMPUTER                  : ADA
PUSAT AKSES                                  : ADA



Ahli Jawatankuasa Perancangan Strategik SKAAR 2014 – 2018





Pengerusi:                  Wan Busrah Bin Wan Skran
                                    (Guru Besar SK Abang Abdul Rahman Saratok)



Tim. Pengerusi:        Sahat Bin Julaihi
                                    (Penolong Kanan Pentadbiran)






Naib Pengerusi I:     Hatamal Bin Allan
                                    (Penolong Kanan HEM)





Naib Pengerusi II:    Umar Bin Hj. Ahmat
                                    (Penolong Kanan KK)




Setiausaha:              Hajjah Maimon Bt Hj. Alli





Pen. Setiausaha:     Theliha Yous Bt Abdullah




Bendahari:                Hj. Ong Amat Bin Ana




Ahli-ahli:                    Nor Siti Intan Bt Kifli



                                    Suryani Bt Sulong




                                    Dayang Nuriah Bt Abang Ahmad




                                    Norhafiza Bt Sauti




                                    Siti Khadijah Bt Reduan



                                    Su Kwong Eng



                                    Nura Ak Meruda




                                    Hajjah Rohayati Bt Abdul Rashid




                                    Ustaz Che Mazlan bin Che Ibrahim









                                    Ustaz Tengku Azrin bin Raja Ismail



































Dalam setiap langkah kita menuju ke sekolah setiap hari dan dalam setiap tindakan yang kita ambil semasa menetapkan objektif pembelajaran, merangka aktiviti untuk pengajaran dan pembelajaran, menyediakan alat dan bahan bantu mengajar, kesemuanya harus dihalakan ke arah menjadi guru yang cemerlang; agar dapat melahirkan anak didik yang cemerlang dan seterusnya menjadi sekolah yang cemerlang.  Tanggungjawab untuk merealisasikan matlamat ini tergalas pada bahu semua warga SKAAR 
Dalam masa yang sama, semua guru di SKAAR harus memastikan kualiti pengajaran di tahap optima dengan menggunakan segala sumber yang ada secara maksima.
Pendekatan dalam pdp harus dipertingkatkan selaras dengan kehendak dan perkembangan terkini dunia pendidikan dengan memanipulasikan pedagogi dan kemudahan yang disediakan.
Setiap warga SKAAR berperanan memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dan dibuat sehabis baik untuk menghasilkan output yang berkualiti.




Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.



Hala tuju Organisasi

Piagam Pelanggan SKAAR
Bahawa kami warga SKAAR berjanji untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab kami bagi:-
1.    Memastikan warga guru dan kakitangan sekolah ini berilmu dan berkhidmat dengan penuh tekad, iltizam dan berjanji untuk menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kepada tanggungjawab serta tugas utama kami yang terbaik;
2.    Memastikan semua anak didik memperolehi pendidikan yang sempurna dan terbaik berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia;
3.    Memastikan semua anak didik menerima pembelajaran dan pengajaran dalam budaya belajar yang kondusif, terbaik dan terkini menjurus kepada Pusat Kecemerlangan Ilmu;
4.    Memastikan jalinan silaturrahim dan ukwah dengan ibu bapa/penjaga termasuk masyarakat setempat dalam suasana baik selaras dengan semangat bermusyuarah;
5.    Memastikan keselamatan dan kebajikan anak didik sentiasa dijaga serta diberi perhatian utama;
6.    Memastikan Pengurusan dan Pentadbiran sekolah bergerak menuju kepada Perkhidmatan Cemerlang sejajar dengan tuntutan teknologi maklumat dan Wawasan Perdana;
7.    Memastikan anak didik mengamalkan nilai-nilai murni dan berakhlak mulia;
8.    Memastikan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) (semua bentuk penilaian) berkualiti dan dibuat mengikut jadual. Ibu bapa/penjaga diberitahu tentang pencapaian anak-anak mereka;
9.    Memastikan warga sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak pelanggan secara berterusan dan memberi layanan yang terbaik dengan kadar yang segera;
9.1  sentiasa memberi layanan yang mesra dan terbaik;
9.2  memastikan segala surat-menyurat/aduan/rayuan yang dimajukan kepada pihak sekolah diberi layanan dalam tempoh 1 – 2 hari dari tarikh ianya diterima;
10. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik sekolah.
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi, sila berjumpa dengan Guru Besar atau hubungi talian 083 436190 atau fax 083 436190.



Visi SK Abang Abdul Rahman

VISI
 ialah halatuju kita. Visi kita: “Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Rahman terus Cemerlang.”   Oleh yang demikian, dalam setiap langkah kita menuju ke sekolah setiap hari dan dalam setiap tindakan yang kita ambil semasa menetapkan objektif pembelajaran, merangka aktiviti untuk pengajaran dan pembelajaran, menyediakan alat bantu mengajar, kesemuanya harus dihalakan ke arah menjadi guru yang cemerlang; agar dapat melahirkan anak didik yang cemerlang dan seterusnya menjadi sekolah yang cemerlang.  Tanggungjawab untuk merealisasikan visi ini tergalas pada bahu kita bersama. 


Misi SK Abang Abdul Rahman

MISI
 menjawab soalan kepada ‘mengapa’ kita wujud dan ’apa’ yang kita perlu laksanakan.  Misi kita mengandungi lima tuntutan utama yang memerlukan kita untuk bekerja secara berpasukan agar saling melengkapi dalam kekurangan.  Kita bermisi untuk melahirkan anak didik yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berdaya saing dan berpotensi maju.  Inilah tujuan kita berada di sini dan inilah yang ingin kita wujudkan sebagai sebuah sekolah kebangsaan.

Melahirkan Anak Didik Yang Berilmu
Berilmu bermaksud mempunyai ilmu pengetahuan luas.  Sebagai sebuah sekolah kebangsaan, kita menawarkan 10 matapelajaran yang terdiri daripada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Pendidikan Muzik.  Misi harian kita ialah menyediakan ruang untuk anak didik kita mempelajari dan mendapat ilmu seluas yang mungkin dalam matapelajaran yang kita ajar agar terlahirlah insan yang berilmu.  Kejayaan seseorang anak didik itu memperolehi ilmu dalam sesuatu bidang yang dipelajarinya di sekolah, sebahagian besarnya tersandar pada keupayaan kita guru menyediakan ruang untuk proses pembelajarannya.


Melahirkan Anak Didik Yang Beriman
Dalam Islam, terkandung Rukun Iman yang mempunyai enam (6) perkara:
1)    Beriman kepada ALLAH SWT
2)    Beriman kepada Malaikat-malaikat
3)    Beriman kepada kitab-kitab
4)    Beriman kepada Rasul-rasul
5)    Beriman kepada Hari Kiamat
6)    Beriman kepada Qada dan Qadar

Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai barisan guru agama yang berpengetahuan luas, kita bermisi untuk melahirkan anak didik yang beriman dan hidup berlandaskan hukum agama. Walau bagaimanapun, tanggungjawab ini bukan hanya terletak pada bahu guru-guru agama tetapi ia menjadi misi yang harus direalisasikan bersama dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian, di dalam dan di luar bilik darjah.  Dalam masa yang sama, sebagai sebuah sekolah kebangsaan, kita menghormati kehadiran murid-murid yang bukan beragama Islam dan menjaga hak mereka untuk menganuti agama masing-masing, dalam suasana yang harmoni.


Melahirkan Anak Didik Yang Berakhlak Mulia

Dalam bahasa Inggerisnya perkataan mulia bermaksud honourable (terpuji atau dipandang mulia).  Ahkhlak yang mulia lahir dari hati nurani yang murni dan ia tercermin pada adab.  Daripada ilmu yang dipelajarinya, melalui didikan agama, moral dan pengetahuan sivik  yang diperolehinya, serta menerusi pengalaman hidup di samping guru-gurunya, murid itu akan mengetahui dan meneladani cara beradab.  Izinkan saya memetik tulisan Muhammad Hatim dalam artikelnya ‘Bangsa Berakhlak Mulia’ dari Laman Web Ummatan Wasatan.Net yang menyatakan “Adab yang baik adalah bukti kesempurnaan jiwa dan kebaikan, sebagaimana adab yang buruk adalah bukti kekotoran jiwa.  Nabi s.a.w sendiri memberikan beberapa contoh amalan yang mencerminkan akhlak yang mulia dalam pergaulan; Dihulurkannya tangannya untuk berjabat tangan dan tidak dilepaskannya sebelum tangan yang dijabat itu melepaskannya.  Demikian juga dalam percakapannya yang sangat sederhana, perlahan dan penuh tumpuan.  Adab juga memberi catatan bahawa sifat tidak melontarkan celaan semula ke atas orang yang mencela adalah suatu sikap yang terpuji.”  Kesederhanaan dalam setiap pertuturan dan tindakan mencerminkan akhlak yang mulia.  Akhlak yang mulia juga mendorong seseorang bertindak secara berintegriti dan bertanggungjawab dalam setiap keputusan yang diambil; menghormati pemimpin, orang tua dan masyarakat di sekelilingnya; serta mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga, komuniti dan alam sekitar.  Ini merupakan misi yang berat kerana ia menuntut kita sebagai guru untuk menjadi role model kepada anak didik kita.


Melahirkan Anak Didik Yang Berdaya Saing

Kita juga bermisi untuk melahirkan anak didik yang mempunyai keupayaan untuk bersaing dan tidak mudah mengalah ketika berhadapan dengan cabaran sebaliknya mempunyai inisiatif untuk sentiasa mencuba, berusaha, mencari jalan dan berlatih sehingga berjaya.  Misi ini kita realisasikan melalui persaingan dalam kelas, penglibatan dalam pertandingan, aktiviti ko-kurikulum dan sukan secara optimum.


Berpotensi Maju

Umpama menanam sebiji benih, sebelum kita menghantar benih tersebut kepada guru-guru di sekolah menengah, kita di sekolah ini perlu memastikan benih-benih tersebut telah mula tumbuh, sehingga dapat dilihat bahawa ia mempunyai peluang atau potensi untuk membesar menjadi sebatang pokok yang boleh berbuah.  Itulah misi kita, iaitu memastikan bahawa setiap murid mempunyai asas yang baik dan cukup kukuh dalam bidang ilmu yang kita tawarkan sebagai sekolah rendah agar guru-guru di sekolah menengah yang menerima produk kita dapat melihat bahawa anak-anak didik kita mempunyai potensi untuk dikembangkan penguasaan ilmunya, sama ada dalam bidang bahasa, agama, sains, matematik, teknologi, kemahiran fizikal, muzik, sukan, malah bidang kepimpinan. 



SLOGAN
 kita ialah “Quality Begins With Me” yang bermaksud, ‘Kualiti Bermula Daripada Saya’.  Slogan merupakan sesuatu yang kita selalu sebut-sebut kepada diri kita sendiri untuk mendorong diri kita mencapai sesuatu.  “Quality Begins With Me” merupakan ungkapan yang diucapkan oleh Thomas Alva Edison yang merupakan pencipta bab lampu iaitu inovasi yang begitu berguna kepada kita semua.  Sebelum berjaya dalam penciptaannya, beliau telah gagal lebih daripada 10, 000 kali namun beliau tidak menganggap kegagalannya sebagai kegagalan melainkan hanya sebagai cubaan dan latihan untuk menjadi lebih baik.  Semangat seperti inilah yang kita perlukan sebagai guru.  Dalam usaha untuk melahirkan kaedah pembelajaran yang benar-benar berkesan, kita harus gigih mencuba, mencari jalan dan cara penyelesaian yang dapat akhirnya mewujudkan suasana dan cara belajar yang berkualiti kepada murid kita.  Thomas Alva Edison, setelah berjaya menghasilkan bap lampu, akhirnya berkata, “Quality Begins With Me” kerana dengan ciptaannya, manusia tidak lagi bergelap gulita pada waktu malam sebaliknya mula mempunyai cahaya dan dapat meneruskan aktiviti harian seperti pada siang hari.  Sebagai seorang murid, apabila berjaya memperolehi ilmu, maka hidupnya akan berubah.  Murid tersebut akan berpeluang menerangi hidup ibu-bapa dan keluarganya suatu hari nanti, dengan kata lain, membawa hidup yang lebih berkualiti.  Oleh itu, slogan ini harus selalu kita laungkan di dalam diri kita agar semangat untuk terus berjuang itu dapat dinyala.




MOTTO
 kita ialah Pendidikan Kunci Kemajuan.  Ya, hanya pendidikanlah yang dapat mengubah nasib kita daripada mundur kepada yang maju.  Apabila seseorang itu berpendidikan, maka di tangannya terdapat sebuah kunci yang merupakan azimat yang membolehkannya membuka pintu kepada kehidupan yang lebih maju.  Dengan kunci itulah, iaitu pendidikan, seseorang manusia itu dapat keluar daripda kepompong kemiskinan kepada hidup yang lebih baik dan selesa.  Maka hakikat harus diterima bahawa seorang manusia yang tidak mempunyai pendidikan akan ketinggalan di belakang orang lain.



Logo Sekolah










Pengertian Logo


Biru   :       Melambangkan Keharmonian

Merah:        Keyakinan serta Keberanian dan tidak mudah putus asa dalam segala lapangan

Putih :        Menunjukkan kebersihan dalam segala tindakan, kesucian hati dan sentiasa setia. Mengamalkan nilai-nilai murni bagi meningkatkan martabat sekolah, bangsa dan agama

Hijau :        Melambangkan anak didik yang muda dan mudah dibentuk dengan ilmu pengetahuan

Bentuk 
logo     :Seakan bujur sirih melambangkan ketenangan menghadapi segala cabaran, tekanan dan rintangan serta sentiasa dengan muka yang manis sekali gus merupakan ikatan perpaduan dan kemesraan yang teguh di antara semua murid sekolah ini.

Kunci:         Melambangkan kejayaan yang cemerlang dan mempunyai semangat ingin maju yang tulen sejajar dengan kegunaan kunci untuk membuka jalan dan mendedahkan segala rahsia, cabaran dan dugaan.




Lagu Sekolah
Tahun sembilan belas dua puluh empat
Kau telah berdiri megah ke saat ini
Terus berkhidmat dan terus berbakti
Melahirkan insan-insan berpotensi
Pendidikan Kunci kemajuan
Itulah cogan kata yang dipertahankan

                               Walaupun seribu rintangan dugaan
                                            Kami sedia menyambut cabaran
                                   Kami berjanji kami bersumpah
                              Akan menjaga namamu setiap masa
                                   Kami berdoa sepanjang waktu
                                Semoga namamu harum sentiasa


2 comments: