Aluan Guru Besar
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam terus
menjulang Sarawak.
Perancangan strategik
sekolah merupakan dokumen penting sebagai dokumen sokongan dan bahan rujukan
yang memaparkan keadaan, senario, prestasi semasa serta perancangan dan pelan
tindakan pihak sekolah dalam memastikan prestasi akademik anak didik sentiasa
ditahap cemerlang.
Apabila membicarakan tentang
prestasi akademik, sudah pasti komitmen serta kerja keras daripada setiap warga
sekolah amat diharapkan. Tanpa sokongan dan bantuan daripada semua warga
sekolah termasuk AJK dan ahli PIBG, sudah pasti perancangan yang telah disusun
dengan rapi tidak akan menjadi kenyataan.
Tahun 2014 merupakan tahun
yang agak mencabar bagi SKAAR. Ini adalah kerana disamping berusaha untuk
memastikan prestasi dalam UPSR terus cemerlang, kita juga akan berjuang bagi
memastikan GPS dalam UPSR terus meningkat. Ini adalah selaras dengan hasrat
setiap warga SKAAR untuk memastikan prestasi sekolah terus cemerlang dari segi
kuantiti dan kualiti.
Melalui perancangan
strategik ini, saya berharap ia dapat membantu pihak sekolah dalam membuat
perancangan terbaik bagi menghasilkan anak didik terbaik dan cemerlang. Sudah
pasti banyak penambahbaikan dapat dibuat untuk mengatasi sebarang kelemahan di
samping meningkatkan lagi daya usaha dan inovatif untuk mencapai kejayaan yang
lebih memberangsangkan.
Dengan kesempatan ini, saya
merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga SKAAR dan
PIBG sekolah di atas segala usaha dan bantuan bagi memastikan anak didik kita
sentiasa diberi keutamaan agar kecemerlangan sentiasa berada dalam genggaman
kita.
Sekian, salam sejahtera dan
salam terus menjulang Sarawak.
(WAN
BUSRAH BIN WAN SKRAN)
No comments:
Post a Comment