SEKOLAH KEBANGSAAN ABANG ABDUL RAHMAN,95407 SARATOK,
1. LATAR
BELAKANG SEKOLAH
SK Abang Abdul
Rahman telah ditubuhkan pada tahun 1924 Masihi dengan mengambil nama seorang
kenamaan pada waktu itu yang bertugas sebagai nazir sekolah dan tokoh pendidikan
yang berpengaruh serta aktif dalam bidang pendidikan.
Pada peringkat
awalnya, sekolah ini dibina di beberapa lokasi di Saratok, sebelum didirikan di
tempat yang sedia ada dalam tahun 1931. Bumbung bangunan sekolah pada waktu itu
menonjolkan rekabentuk “LIMAS SERANI” dan hampir keseluruhan bangunan dibina
dengan menggunakan kayu belian. Bangunan sekolah pada masa tersebut bersaiz
besar. Sebuah bangunan lazimnya boleh memuatkan pejabat guru besar, pejabat am,
bilik guru dan beberapa buah bilik darjah.
Pada tahun 1974,
Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak telah mewujudkan sebuah sekolah menengah baru
di pekan Saratok. Walaupun bangunan sekolah tersebut belum dibina lagi, tetapi
pendaftaran kemasukan ke Tingkatan 1 telah dibuka dan sekolah menengah tersebut
telah mula beroperasi pada tahun 1975.
Maka pada tahun
1975 – 1978, sekolah menengah tersebut yang dinamakan SMK (BM) Saratok telah
diberi kebenaran untuk menggunakan bersama premis SK Abang Abdul Rahman untuk
semua urusan pentadbiran dan pengendalian kelas formal. Ini adalah kerana
bangunan sekolah tersebut masih dalam proses pembinaan. Oleh kerana dua buah
sekolah menggunakan premis yang sama, giliran sesi kelas telah dibuat dengan
baik sehingga tidak timbul sebarang masalah.
Oleh kerana
bangunan asal sekolah ini telah begitu uzur, maka pihak yang berwajib telah
memohon supaya dibina bangunan baru untuk mengganti bangunan sedia ada dengan
mengambil kira aspek-aspek yang diperlukan untuk mewujudkan sebuah sekolah yang
dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang kondusif untuk pembelajaran. Di
samping itu,saranan untuk pembinaan lebih banyak bilik kelas juga diambil kira
untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Maka bermulalah angin
perubahan ke arah dimensi baru khususnya melibatkan bangunan baru untuk SK
Abang Abdul Rahman Saratok.
Setelah semua
urusan dan rundingan dipersetujui, maka bangunan lama dan bangunan asal SK
Abang Abdul Rahman mula diroboh untuk memberi laluan kepada bangunan baru. Kerja-kerja
pembinaan bermula pada awal tahun 1983. Bangunan induk sekolah ini yang
menempatkan Blok Pentadbiran, Bilik Guru, Pejabat Am, Pusat Sumber Sekolah,
Pusat Akses dan Klinik Pergigian, dibina dengan kos hampir RM 1 juta.
Oleh kerana
bangunan sekolah dan bilik kelas telah diroboh, maka bangunan sementara untuk
menempatkan murid bagi proses pengajaran dan pembelajaran(pdp) telah dibina di
tepi padang SK St Peter, Saratok. Syukur alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan
bangunan baru dapat disiapkan dalam tempoh setahun sembilan bulan. Pada tarikh
10 September 1984, bangunan baru yang 100% konkrit telah siap sepenuhnya. Seperti juga pada bangunan asalnya, keunikan
bangunan dan mercu tandanya terletak pada “BUMBUNG KECIL” di setiap bangunan
asalnya.
Sekolah ini
didirikan di atas kawasan seluas hanya 1.51 ekar di Lot No. 40, Pekan Kecil
Saratok. Selepas bangunan utama didirikan, beberapa lagi bangunan yang lain
yang menempatkan bilik kelas dan asrama didirikan. Sebahagian besar bangunan
tersebut didirikan secara gotong royong dan projek kilat Pejabat Pelajaran
Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Sejak
penubuhannya pada tahun 1924 sehingga sekarang, seramai tujuh belas (17) orang
Guru Besar telah berkhidmat mentadbir sekolah ini. Beberapa orang guru besar
seperti En. Abd Razak, Hj. Yusuf Bin Hj. Ali, Hj. Daini Bin Sulaiman dan Hj.
Ainie Bin Adenan telah berkhidmat lebih daripada sekali mentadbir sekolah ini.
Berikut adalah
senarai Guru Besar sekolah ini bermula dari tahun 1024 hingga sekarang:
1.
En. Abang Mustapha 1924
– 1925
2.
Hj. Daud Suntong 1926
3.
En. Mohamad Tahir 1927
– 1928
4.
Pengiran Mas 1929
5.
En. Abd Razak 1930
– 1931
6.
En. Adenan Abok 1932
7.
En. Adenan Abok 1937
– 1944
8.
En. Hussain Sombot 1945
– 1947
9.
En. Abd Razak 1948
– 1952
10.
En. Adenan Man 1953
– 1954
11.
En. Othman Ismail 1955
– 1963
12.
En. Muhi Bin Umi 1964
– 1970
13.
En. Ahmad Abdullah 1971
– 1972
14.
En. Yusuf Bin Hj. Ali 1973
– 31.05.1973
15.
En. Daini BinSulaiman 01.06.1973
– 31.12.1973
16.
En. Abg Ahmad Abg Kot 1974
– 1975
17.
En. Yusuf Bin Hj. Ali 1975
– 1978
18.
En. Daini Bin Sulaiman 1979
– 1986
19.
En. Ainie Bin Adenan 1987
– 31.10.1988
20.
En. Yusuf Bin Hj. Ali 01.11.1988
– 15.06.1994
21.
En. Ainie Bin Adenan 16.06.1994
– April 2002
22.
En. Ainie Bin Adenan 16.09.2002
– 06.06.2005
23.
En. Rosli Bin Terhim 07.06.2005
– 01.06.2008
BARISAN GURU TAHUN 1978
BANGUNAN LAMA TERPAKSA DIROBOH UNTUK MEMBERI LALUAN
KEPADA BANGUNAN BARU
TINGGAL KENANGAN – ‘BUMBUNG KECIL’ PADA BANGUNAN
SEKOLAH DULU SERTA PAPAN TANDA NAMA SEKOLAH
BANGUNAN LAMA SK ABANG ABDUL RAHMAN SARATOK (1950an – 1981)
BANGUNAN BARU – BLOK PENTADBIRAN DAN BILIK KELAS
(PANDANGAN DEPAN) DIBINA DAN SIAP DALAM TAHUN 1984
PEMANDANGAN DARI SUDUT SEBELAH KIRI BANGUNAN
PANDANGAN DARI PINTU MASUK UTAMA
PANDANGAN DARI SEBERANG JALAN
PANDANGAN DARI SEBERANG JALAN
BLOK B MENEMPATKAN KELAS PRA BESTARI DAN
KELAS TAHUN 1
(DIBINA DALAM TAHUN
1992)
Saya bersekolah dari tahun 1974 hingga 1977..guru besar masa tu.. Adalahlah Hj Yusuf Ali...
ReplyDelete